Profil Nuralis Agro

PENERAJU TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Nuralis Agro Farm adalah sebuah Ladang Ternakan Ayam Kampung Komersial dan Pusat Latihan Ternakan Ayam Kampung yang pertama di Malaysia. Selain menternak dan menghasilkan produk Frozen jenama Nuralis, sebanyak 176 siri kursus telah dilaksanakan dan telah melahirkan 2,500 usahawan Ayam Kampung di Malaysia.

Ladang Ayam Kampung Nuralis Agro terletak di Lorong Haji Omar, Jalan Desa Putra, Sg. Merab, Kajang, Selangor. Ladang ini telah beroperasi selama 8 tahun di atas tanah persendirian seluas 3 ekar mempunyai 8 reban moden dengan kapasiti 15,000 ayam.

Pusat Latihan Ternakan Ayam Kampung Nuralis dilengkap dengan Dewan Kuliah, Kabin Penginapan, Surau, Parkir, Pusat Penetasan Anak Ayam, Makmal dedak, Makmal Effective Microorganisms (EM), Pusat Sembelihan, Pusat Pemperosesan, Pusat Pengumpulan dan Pusat Pemasaran. 

 OBJEKTIF SYARIKAT.

Kami mensasarkan untuk menternak dan memasarkan 500,000 Ayam kampung sebulan pada 2020.

 

VISI SYARIKAT.

Visi Nuralis adalah :

  • Membantu memberi ilmu, sistem penternakan, mentor, impian dan arah tindakan yang betul kepada penternak ayam kampung di luar bandar.

  • Membantu belia untuk bekerja sendiri. Mereka tidak perlu makan gaji.

  • Mewujud rantaian peluang pekerjaan kepada ramai orang di kawasan luar bandar yang kebanyakannya orang melayu seperti pemborong ayam kampung, pemborong makanan ternakan, pemborong peralatan ternakan, pusat sembelihan, pusat memproses, penjual-penjual ayam di pasar, peniaga di kios-kios, wujud pengusaha restoran ayam kampung dan pengusaha pengangkutan.

  • Membantu menarik penduduk bandar untuk bekerja dan duduk di kampung. Ramai belia berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib. Akibat perbezaan cara hidup dan tahap kemahiran, mereka menjadi golongan ‘miskin bandar’.

  •  Memajukan tanah terbiar di luar bandar. Banyak tanah pusaka, tanah pertanian, tanah rezab melayu yang terbiar. Program Institut ini dapat membantu penduduk luar bandar membuka ladang penternakan. Pengusaha dapat membeli tanah dan lebih ramai bumiputera memiliki hartanah.

  • Mewujudkan usahawan luar biasa dan meningkatkan ekonomi luar bandar yang boleh membantu ramai usahawan-usahawan lain di peringkat kampung, mukim, daerah, negeri dan negara kita. Ia akan dapat mengurangkan jurang pendapatan di antara penduduk luar bandar dan penduduk bandar.